Showing posts with label SOLD Jemari Seni. Show all posts
Showing posts with label SOLD Jemari Seni. Show all posts

Monday, 13 February 2012

SPECIAL PROMO; NOTA CINTA BUATMU

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 8.00!!!

Harga pasaran : RM 17.00
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (6/10)
Status : SOLD

Sinopsis:
Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan. 


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi. 



Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati! 



Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali. 


Wednesday, 8 February 2012

SETULUS CINTA


Harga pasaran : RM 20.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Dia tidak pernah menyangka, kasihnya yang jujur dan luhur, akan diperdaya pada suatu ketika. Dia sendiri tidak pernah terlintas, suami yang dikasihi akan mati dengan ciptaan sendiri. 

Siti Hajar, hatinya terlalu jujur. Tidak pernah prasangka, tidak pernah rasa curiga. Dia tahu Ahmad Aduka, suami yang dikasihi sudah pergi ke pangkuan Ilahi. Dia menerima dengan hati terbuka, walau derita dan merasa berbekam di dalam dada.

Namun kebenaran terserlah, hati wanitanya yang cekal dan pasrah kini tergugah. Dia sudah hilang arah, sudah hilang segala rasa tabah. Dan dalam saat begini, seorang lelaki menghulurkan tangan... memberi seribu senyuman... pastinya Setulus Cinta bukan sahaja wujud di alam maya!

AKU BUKAN BILLY MILLIGAN



Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 21.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD!!!

Sinopsis:



Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia mengenjak dewasa,tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang.

HARUM CHEMPAKA



Harga pasaran : RM 24.00
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Cinta. 
Kadangkala datang sekelip mata. Ketika hatinya merasa cinta, tidak ada yang sudi menerimanya.
Cinta itu hadir sehingga menyeksanya. Chempaka sedar, benarlah kata orang, cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.

Tuesday, 7 February 2012

DENDAM YANG TERLERAI



Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : CESB
Kondisi novel : Baik (5/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah dimana terdamparnya. Entah dimuara, entah tersangkut dicelah-celah duri dendam. Atau terbenam dilubuk derita. Saat ayah terbujur diam disini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana disini, didalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya.

Tuesday, 31 January 2012

GURINDAM JIWA






Harga pasaran : RM 21.00
KAMI JUAL:  RM 16.00 (termasuk postage)
Penulis: Hlovate, Imaen, Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel: Baik (9/10)
Status: SOLD

Sinopsis:
Ceriteria I - Hlovate 


"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.


ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya


mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"


there could be beauty in tragedy, anyway.


Ceritera II - Imaen 


Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin
itu di sisinya.


"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang,
sampai mati! aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu.
Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti
apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah
titik tanpa pulang lagi. Vendetta!"


Ceritera III - Noor Suraya


Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seriu
rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi
sebuah rasa: Aliya & Manjalara.


Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana...
masih seorang puteri.

BENING MERAH JINGGA







Harga pasaran : RM 20.00
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis: Nazurah Aishah
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel   : Baik (9/10)
Status: SOLD!!!

Sinopsis:

Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?
Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!


Apa mau cari??