Showing posts with label Fauziah Ashari. Show all posts
Showing posts with label Fauziah Ashari. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

MATAHARI CERAH LAGI




Harga pasaran : RM 21.90

KAMI JUAL :  RM 17 (termasuk postage)

Penulis : Fauziah Ashari

Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek keranamarahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa? 

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan... 
Mampukan Yem menggapai cintanya?


Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Sunday, 4 March 2012

KAN KUKEJAR CINTA KAMU


Harga pasaran : RM 28.90
KAMI JUAL :  RM 25 (termasuk postage)
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : INTENS
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.



Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyeb

abkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!



Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!


Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...


Monday, 13 February 2012

SPECIAL PROMOS; PERGILAH SEPI

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 6.00 !!!


Harga pasaran : RM 12.00
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq 

dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila 

terjadinya peristiwa yang mengaibkan. 



Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima 

begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, 
bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan. 

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. 
Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, 
Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat 
hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama. 

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh 
dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di 
hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? 
Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah 
sangka? 

Tuesday, 7 February 2012

DURI


Harga pasaran : RM21.50 
KAMI JUAL :  RM 16.00 (termasuk postage)
let go price RM13
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : INTENS
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD

Sinopsis:

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

Monday, 6 February 2012

BISIK - BISIK GELORA


Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 20.00 (termasuk postage)
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : Buku Prima
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?




Apa mau cari??