Showing posts with label NB Kara. Show all posts
Showing posts with label NB Kara. Show all posts

Sunday, 13 May 2012

SETELAH DILUKAI



Harga pasaran : RM 19.90
KAMI JUAL :  RM 15 (termasuk postage)
Penulis : Sa'adiah Ani
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

ATILIA- 'Salahkan seorang anak menerima pemberian daripada seorang ayah?' Atilia berbicara sendiri. Walaupun jauh di sudut hati dia terpaksa akur bahawa Dato' Mukriz memberikan segalanya bukan bermaksud pemberian daripada seorang ayah, tetapi seorang lelaki yang akan menjahanamkan hidupnya sebagaimana musnahnya hidup Mama Zah di tangan lelaki itu suatu ketika dahulu. Atilia memejamkan matanya. Betapa pahitnya laluan hidup yang terpaksa ditempuhinya, namun dia tiada pilihan lain kecuali menelannya walau dengan penuh kepayahan. Itulah hakikat kehidupan. 

LUQMAN- "Man, aku rasa kau perlu datang ke kelab malam di Bukit Bintang ni sekarang." "Ada apa, akukan sedang bercuti ni. Lagipun itu kawasan kau, bukan kawasan aku." Cif ispektor Luqman menjawab serius. Lenanya terganggu dengan panggilan telefon itu tadi. 'Aku rasa gadis yang separuh dedar ni sama dengan potret yang kau letakkan atas meja dalam pejabat kau." Suara itu masih tegas. "Kau biar betul!" Mata Cik Inspektor Luqman yang masih memberat tadi tiba-tiba sahaja mencerlang apabila mendengan berita tentang Atilia. 


Wednesday, 8 February 2012

LAYANG-LAYANG BERTALI KACA



Harga pasaran : RM 29.90
KAMI JUAL :  RM 25.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati. Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak.

Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah. Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali. layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan memerlukan kesabaran.

Bagi Manja, bermain layang-layang adalah satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati.

RANTING CINTA SI PLATO


Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 21.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:


Tuhan beri beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik
Sukar untuk menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah.
Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang telah tertinggal di belakang.
Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan oleh Alfian harus dipadam. Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan.

SEJAM RM 2.50



Harga pasaran : RM 29.00
KAMI JUAL :  RM 22.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:
"Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali."
"Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!" Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!


"Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!"
"Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun."

Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu. 

"Aku hairan sungguh kau ni."
"Hairan apanya?"
"Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata sahaja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!"

Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu!.

Ya. Memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?



BIARKAN AKU MENANGIS


Harga pasaran : RM 21.50
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : Available

Sinopsis:

Apakah dia yang benar-benar bersalah? Mungkinkah ada kekurangan diri sehingga semua jari tertunding ke arahnya? Dia sihat? Bahkan cukup segala sifat.


Namun kenapa tuduhan demi tuduhan dilemparkan hingga tidak ada daya untuk dia menolaknya.

Benarkah kata orang, perempuan seperti mentimun, kerap bergolek akan hancur, bila terhempas akan berderai?

Ahh... pedulikan kata orang... dia percaya satu masa dan ketika, kebenaran akan terbukti jua.

CHINTA


Harga pasaran : RM 24.90
KAMI JUAL :  RM 18.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa pun tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai satu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita. Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...

HUJAN PUN MENARI


Harga pasaran : RM 29.50
KAMI JUAL :  RM 25.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulung, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.


Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan... Ketika gelap, ketika cahaya suram...
Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkah berlari...
Qurban... lelaki itu tetap di sisi

KASIH YANG TERCALAR


Harga pasaran : RM 21.00
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : Available

Sinopsis:

Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri... Puncanya.... dia sendiri tidak pernah mengerti...

SETULUS CINTA


Harga pasaran : RM 20.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Dia tidak pernah menyangka, kasihnya yang jujur dan luhur, akan diperdaya pada suatu ketika. Dia sendiri tidak pernah terlintas, suami yang dikasihi akan mati dengan ciptaan sendiri. 

Siti Hajar, hatinya terlalu jujur. Tidak pernah prasangka, tidak pernah rasa curiga. Dia tahu Ahmad Aduka, suami yang dikasihi sudah pergi ke pangkuan Ilahi. Dia menerima dengan hati terbuka, walau derita dan merasa berbekam di dalam dada.

Namun kebenaran terserlah, hati wanitanya yang cekal dan pasrah kini tergugah. Dia sudah hilang arah, sudah hilang segala rasa tabah. Dan dalam saat begini, seorang lelaki menghulurkan tangan... memberi seribu senyuman... pastinya Setulus Cinta bukan sahaja wujud di alam maya!

DIA LEBIH MENGERTI


Harga pasaran : RM 20.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya. Sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya. 

Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah? Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati.

Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairah mengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada di hatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.


ANDAI SEMALAM KUMILIKI


Harga pasaran : RM 21.50
KAMI JUAL :  RM 14.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (7/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakan janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta. Cinta itu tetap bersemadi.

Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukah diberitahu pada Wardah yang menanti? Arggh...dia benar-benar tidak sampai hati. Di sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.

Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh kumiliki....seorang lelaki bernama Zafri itu pasti todak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika Wardah kembali...

CINTA JANGAN KAU PERGI


Harga pasaran : RM 20.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:
Sungguh cantik papan di Jawa

Di sulam dengan daun kencana

Sungguh enak fitnah dibawa
Diri menerima jiwa merana

Disulam dengan daun kencana

Papan di jawa dibuat peti

Diri menerima jiwa merana
Sampai mati tetap diingati


TIDAK AKU BERSUARA



Harga pasaran : RM 24.00
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : Available

Sinopsis:



Peristiwa hitam yang berlaku terus menghantui dirinya.
Ke mana dia pergi, sejauh mana dia berlari,
Segalanya masih tidak dapat dihilangkan dari ingatan.
Maruahnya tergadai, harapannya berkecai dan lelaki yang bertanggungjawab masih lagi bebas.

Perlukah disuara apa yang berlaku?
Tidakkah malu kalau semua orang tahu?
Buat seketika, Jeslina memang benar-benar buntu?

Namun... akhirnya dia sedar, kalau tidak dia bersuara?
Semua lelaki yang durjana itu akan terus bermaharajalela.

SETIAP JUMAAT


Harga pasaran : RM 24.90
KAMI JUAL :  RM 20.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita….


Persahabatan itu telah menjadi racun.

AKU BUKAN BILLY MILLIGAN



Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 21.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD!!!

Sinopsis:



Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia mengenjak dewasa,tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang.

TUHAN LEBIH TAHU



Harga pasaran : RM 23.90
KAMI JUAL :  RM 18.00 (termasuk postage)
Penulis : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakan hidupnya nanti dengan Azfarel dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam. Namun akhirnya Rina sedar…dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya…Tuhan lebih tahu …

KEMBALIKAN CINTAKU



Harga pasaran : RM 24.00
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (7/10)
Status : SOLD

Sinopsis:

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia memohon untuk merasa sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusai, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya

MURNI KASIH



Harga pasaran : RM 23.90
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : Available

Sinopsis:



Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan?
Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya?

Ahh... segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan...

AKU ADA KAMU



Harga pasaran : RM 23.00
KAMI JUAL :  RM 13.00 (termasuk postage)
Penulis : Lily Haslina Nasir
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (7/10)
Status : Available

Sinopsis:



Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang itu, tukar yang lain. Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati.

Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.

Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.

Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.



HARUM CHEMPAKA



Harga pasaran : RM 24.00
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Cinta. 
Kadangkala datang sekelip mata. Ketika hatinya merasa cinta, tidak ada yang sudi menerimanya.
Cinta itu hadir sehingga menyeksanya. Chempaka sedar, benarlah kata orang, cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.

Apa mau cari??