Showing posts with label Mazni Aznita. Show all posts
Showing posts with label Mazni Aznita. Show all posts

Wednesday, 20 June 2012

DEMIMU NAZWA




Harga Pasaran : RM25.90
KAMI JUAL  : RM20.00 (termasuk postage)
Penulis : Kamsiah Abu
Penerbit : buku prima
Kondisi buku : 9/10
SOLD!!!


SINOPSIS


Cinta pandang pertama ketika usia muda menjadikan Nazwa menerima lamaran Ahmad Saifulrizwan walaupun mereka masih lagi menuntut di luar negara. Bagi Nazwa, cinta suami cukup membuatkan dia bahagia sehinggalah peristiwa malang yang tidak disengajakannya telah merentap rasa cinta itu dari hati Ahmad Saifulrizwan.
Dengan hati yang lara, Nazwa membawa diri pulang ke tanah air. Di dalam kekecewaan, pintu hati Nazwa diketuk oleh cinta Edham, lelaki yang begitu ikhlas dan jujur menerima keadaan Nazwa seadanya.
Empat tahun kemudian, Nazwa dan Ahmad Saifulrizwan dipertemukan kembali. Hati masing-masing membara dengan rasa dendam kesumat, bagaikan hanya menunggu saat untuk dilunasi. Dapatkah Nazwa lepas dari ikatan yang tidak bertali itu dan berjayakah Edham membina bahagia bersama Nazwa?

Thursday, 7 June 2012

VENOM SURIA



Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 21 (termasuk postage)
Penulis : Mazni Aznita
Penerbit : Buku Prima
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

Monday, 6 February 2012

KASIHKU ARINA


Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 21.00 (termasuk postage)
Penulis : Mazni Aznita
Penerbit : Buku Prima
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia megenali Alwiz, semakin dia dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena  Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirnya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?

STREET VENDETTA


Harga pasaran : RM 19.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Mazni Aznita
Penerbit : Buku Prima
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa.
Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan.
Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

SAYANGKU CASPER



Harga pasaran : RM 25.90
KAMI JUAL :  RM 20.00  (termasuk postage)
Penulis : Mazni Aznita
Penerbit : Buku Prima
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD!!
Sinopsis:

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

Apa mau cari??