Showing posts with label NHF Media. Show all posts
Showing posts with label NHF Media. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

BUKAN SEKADAR RINDU


Harga pasaran : RM 21.90
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis : Azian Zahra
Penerbit : NHF Media
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD!!!

Sinopsis:


ABANG benar-benar keliru Seri. Semuanya bermula bila abang terkandas di pulau ini. Mungkin sudah ditakdirkan ayah dan abang Salleh yang selamatkan abang dan Bob dulu. Masa itulah abang telah tahu siapa Seri dan Wawa pada abang. Ayah juga telah ceritakan serba sedikit siapa abang ketika menjadi Imran dulu.
Abang keliru Seri. Siapa abang? Sama ada Imran atau Iman. Setelah berfikir abang telah bertekad untuk menjadi Iman.
Diri abang yang sebenar. Itu bermakna abang terpaksa korbankan Seri dan Wawa.
Tapi abang silap. Biarpun abang telah menjadi Iman tapi jiwa Imran masih lagi ada dalam Iman, Seri..

HATI YANG LUKA



Harga pasaran : RM 21.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NHF Media
Kondisi novel : Baik (7/10)
SOLD

Sinopsis:


Luka 

yang berbekam di hati
amat sukar diusir. Rasa perit yang
menggerit terlalu sakit untuk ditafsir.
Maruahnya dipijak, perasaannya terkoyak.
Adakah kerana latarbelakang keluarga,
dia dipersenda? Lantas diperkotak katik
sewenang-wenangnya?
Widad sedar... alangkah sakitnya menjadi
manusia yang tak punya apa...

BERTAKHTA DI HATI


Harga pasaran : RM 19.90
KAMI JUAL :  RM 13.00 (termasuk postage)
Penulis : Marwati Wahab
Penerbit : NHF Media
Kondisi novel : Baik (7/10)
Status : SOLD!

Sinopsis:

Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.



Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.



"Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."



Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

Apa mau cari??