Sunday, 13 May 2012

SEADANYA KAMU



Harga pasaran : RM 20.00
KAMI JUAL :  RM 15 (termasuk postage)
Penulis : Iman Xara
Penerbit : Jemari Seni
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:
Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.
Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.
Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.
Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?




AKU PILIH DIA



Harga pasaran : RM 22
KAMI JUAL :  RM 17 (termasuk postage)
Penulis : Hezzy Azra
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. 


Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. 



Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! 

Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. 
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. 



Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Tuesday, 17 April 2012

VINTAGE NOVEL; NYANYIAN TANJUNG SEPI


Harga pasaran : RM 37.90
KAMI JUAL :  RM 32 (termasuk postage)
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : CESB
Kondisi novel : Baik, CETAKAN TERKINI (9/10)
SOLD

Sinopsis:


Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian?



Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu? 

Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair. 

Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia. 

Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!

ADUHAI CINTA


Harga pasaran : RM 21.00
KAMI JUAL :  RM 16.00 (termasuk postage)
Penulis : Samsiah Mohd. Nor
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.


Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.

DAPUR WAWA



Harga pasaran : RM 18.00

KAMI JUAL :  RM 13.00 (termasuk postage)

Penulis : Ika Madera

Penerbit : Jemari Seni
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : AVAILABLE

Sinopsis:
Semua orang suruh kahwin dan Wawa tidak pernah peduli. Wawa sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan Kak Pah serahkan padanya fail ‘Encik Abu’.
“Apa ni?” Fail biru dengan kod 100789 terletak di hadapan Wawa.

“Ini fail klien Kak Pah. Cuba Wawa lihat.” Jawab Kak Pah.

Dalam fail itu, tertera biodata bujang trang tang tang ‘Encik Abu’ Abdullah, yang bonda yakin sangat-sangat, secocok dengan Wawa. Haah? Drebar mahu dicalonkan dengan Wawa, pekerja kelas atasan? Hesy, bonda! Tak sesuai langsung!
Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan. Biarpun pada mulanya Wawa menolak, ternyata ‘Encik Abu’ itu jodohnya. Masalahnya, Wawa ni jarang sekali masuk ke dapur! Nanti nak kasi anak lelaki orang tu makan apa?
Maka berpencaklah Wawa di dapur, belajar memasak; belajar mengemudi kehidupan baharu; belajar menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan dalam hidup baharunya.

Sunday, 15 April 2012

BLOG AKAN DIUPDATE

KEPADA PARA PEMBACA YG BEGITU SETIA MENANTIKAN UPDATE;

HARAP BERSABAR, KAMI AKAN UPDATE BLOG INI TIDAK LAMA LAGI
DAH BERHABUK DAH BLOG NI
JADI SABAR YA SEMUA, ADA BANYAK NOVEL BARU YG MENANTI
SEMENTARA TU, USHA USHA LA NOVEL YG SEDIA ADA.
TENKIU~

Monday, 19 March 2012

VINTAGE NOVEL; UNTUK KAU DAN AKU


Harga pasaran : RM 34.90
KAMI JUAL :  RM 30 (termasuk postage)
Penulis : Najwa Aiman
Penerbit : Creative 
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak.. kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang.. menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar bila sesekali ayatku menyongsang makna.. bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar.. tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah? Miza.. aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mempu kudengar walau kau cuba menjauh..

VINTAGE NOVEL; SANGKAR

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 6 !!



Harga pasaran : RM 13
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Penerbit : Diwangsa  
Kondisi novel : Baik (8/10)
SOLD

Sinopsis:

JAZMA... tiada apa yang istimewa pada dirinya. Dia memang serba kekurangan. Dari segi paras rupa mahupun harta benda. 
Seorang anak nelayan yang tidak punya apa-apa dan tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Malah, tiada seorang pun yang ambil tahu dari mana asal usulnya. 
Dia tercampak jauh dari kampung halaman sendiri, seakan-akan terbuang tidak dipedulikan. Terpisah daripada ibu dan adik-beradiknya. Dunia Jazma hanyalah di rumah besar itu. 
Di situlah dia meniti harihari sepinya. Ibarat burung di dalam sangkar, tiada siapa yang mengerti kemahuannya. Kalau ada pun cuma seorang... mak long. Hanya mak long yang mengambil berat akan dirinya. Mak long yang misteri dan keseorangan seperti dirinya. Mak long yang rajin bertanya kisah hidupnya yang sepi. 
Tidak seperti andak yang jarang mempedulikan dirinya. Apatah lagi Herman yang hanya mementingkan kerja dan anak-anaknya sedangkan dia... terkapar-kapar sendiri mencari ruang untuk terus bernafas di bumi ini. Oh TUHAN! Lepaskan aku dari penjara hidup ini...

VINTAGE NOVEL; EGOIS

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 5!!



Harga pasaran : RM 12
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (7/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai 
remiser.hubungan mereka telah diketahui keluarga masing-masing.Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sahabat.Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia.Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.
Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat.
Mendengar berita Atia mahu meletakkan jawatan, Fikri menjadi kelam kabut.Dia mahu menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya.Akhirnya Fikri mahu tidak mahu terpaksa m,eminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.

"Andainya suara hati diketepi, Lagu cinta jadi sepi"

VINTAGE NOVEL; ANJUNG WARISAN


BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 8 !!

Harga pasaran : RM 15.90
Penulis : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Ent.
Kondisi novel : Baik (7/10) *bersampul
Status : Available

Sinopsis:

Anjung Warisan; tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Apatah lagi daerah kelahiran yang pernah mencoretkan pelbagai sejarah jatuh bangun suatu empayar.

Anjung Warisan bukan sekadar sebuah rumah tetapi adalah tempat tinggal generasi berganti generasi.

Apabila Ungku Hani mengambil keputusan untuk kembali ke Anjung Warisan, kediaman warisan almarhum nendanya, Raja Lastri, dia sudah nekad dan bulat fikiran.
Apabila dia membulatkan hati untuk ke desa nenek, Ranah Siantan, dia tahu dia harus cekal berdepan tantangan.
Apabila dia mengikut suara hatinya menjadi pendidik (bukan wanita korporat) seperti kemahuan ayah, dia tahu, dia bakal berdepan seribu satu cabaran yang tidak terjangkau di minda.
Dan apabila dia dengan hati penuh yakin menolak Fadzli (calon suami pilihan keluarga), dia tahu dia sedang menempah masa depan yang jauh daripada yang diharapkan keluarga.
Tetapi Anjung Warisan ada ceritanya, cerita yang menyuntik motivasi dan menyalurkan inspirasi. Anjung Warisan ada sesuatu yang tidak terjangkau di minda. Anjung Warisan ada sejarah yang lebih daripada yang disangka.
Anjung Warisan memang ada sesuatu…


Apa mau cari??