Monday, 19 March 2012

VINTAGE NOVEL; UNTUK KAU DAN AKU


Harga pasaran : RM 34.90
KAMI JUAL :  RM 30 (termasuk postage)
Penulis : Najwa Aiman
Penerbit : Creative 
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak.. kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang.. menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar bila sesekali ayatku menyongsang makna.. bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar.. tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah? Miza.. aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mempu kudengar walau kau cuba menjauh..

VINTAGE NOVEL; SANGKAR

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 6 !!



Harga pasaran : RM 13
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Penerbit : Diwangsa  
Kondisi novel : Baik (8/10)
SOLD

Sinopsis:

JAZMA... tiada apa yang istimewa pada dirinya. Dia memang serba kekurangan. Dari segi paras rupa mahupun harta benda. 
Seorang anak nelayan yang tidak punya apa-apa dan tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Malah, tiada seorang pun yang ambil tahu dari mana asal usulnya. 
Dia tercampak jauh dari kampung halaman sendiri, seakan-akan terbuang tidak dipedulikan. Terpisah daripada ibu dan adik-beradiknya. Dunia Jazma hanyalah di rumah besar itu. 
Di situlah dia meniti harihari sepinya. Ibarat burung di dalam sangkar, tiada siapa yang mengerti kemahuannya. Kalau ada pun cuma seorang... mak long. Hanya mak long yang mengambil berat akan dirinya. Mak long yang misteri dan keseorangan seperti dirinya. Mak long yang rajin bertanya kisah hidupnya yang sepi. 
Tidak seperti andak yang jarang mempedulikan dirinya. Apatah lagi Herman yang hanya mementingkan kerja dan anak-anaknya sedangkan dia... terkapar-kapar sendiri mencari ruang untuk terus bernafas di bumi ini. Oh TUHAN! Lepaskan aku dari penjara hidup ini...

VINTAGE NOVEL; EGOIS

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 5!!



Harga pasaran : RM 12
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (7/10)
Status : SOLD!!

Sinopsis:

Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai 
remiser.hubungan mereka telah diketahui keluarga masing-masing.Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sahabat.Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia.Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.
Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat.
Mendengar berita Atia mahu meletakkan jawatan, Fikri menjadi kelam kabut.Dia mahu menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya.Akhirnya Fikri mahu tidak mahu terpaksa m,eminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.

"Andainya suara hati diketepi, Lagu cinta jadi sepi"

VINTAGE NOVEL; ANJUNG WARISAN


BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 8 !!

Harga pasaran : RM 15.90
Penulis : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Ent.
Kondisi novel : Baik (7/10) *bersampul
Status : Available

Sinopsis:

Anjung Warisan; tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Apatah lagi daerah kelahiran yang pernah mencoretkan pelbagai sejarah jatuh bangun suatu empayar.

Anjung Warisan bukan sekadar sebuah rumah tetapi adalah tempat tinggal generasi berganti generasi.

Apabila Ungku Hani mengambil keputusan untuk kembali ke Anjung Warisan, kediaman warisan almarhum nendanya, Raja Lastri, dia sudah nekad dan bulat fikiran.
Apabila dia membulatkan hati untuk ke desa nenek, Ranah Siantan, dia tahu dia harus cekal berdepan tantangan.
Apabila dia mengikut suara hatinya menjadi pendidik (bukan wanita korporat) seperti kemahuan ayah, dia tahu, dia bakal berdepan seribu satu cabaran yang tidak terjangkau di minda.
Dan apabila dia dengan hati penuh yakin menolak Fadzli (calon suami pilihan keluarga), dia tahu dia sedang menempah masa depan yang jauh daripada yang diharapkan keluarga.
Tetapi Anjung Warisan ada ceritanya, cerita yang menyuntik motivasi dan menyalurkan inspirasi. Anjung Warisan ada sesuatu yang tidak terjangkau di minda. Anjung Warisan ada sejarah yang lebih daripada yang disangka.
Anjung Warisan memang ada sesuatu…


VINTAGE NOVEL; TANGISAN BULAN MADU 3


Harga pasaran : RM 19.90
KAMI JUAL :  RM 14 (termasuk postage)
LET GO PRICE RM12
Penulis : Samsiah Mohd. Nor
Penerbit : Khalysa
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD

Sinopsis:


Kemelut hidup Amira tidak berkesudahan. Pengalaman yang dihirup dan dugaan yang mendatang kian mematangkannya. Janji dan sumpah setianya pada Bogatt tidak pernah dilupakan. Baru sahaja hendak mengecap bahagia dengan seseorang, dia dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa dan memamah hatinya. Siapakah lelaki yang hadir dalam hidup Amira? Azali? Razlan? atau insan lain? dan apakah badai yang menimpanya? 

VINTAGE NOVEL; TANGISAN BULAN MADU 4


Harga pasaran : RM 21.90
KAMI JUAL :  RM 15 (termasuk postage)
Penulis : Samsiah Mohd. Nor
Penerbit : Khalysa
Kondisi novel : Baik (8/10)
SOLD

Sinopsis:

Lautan mana tidak bergelora. Bumi mana tidak ditimpa hujan? Begitulah... ibaratnya kehidupannya Amira dan Bada. Kerukunan bahtera hidup mereka berdua mulai bergoncang akibat beberapa faktor. Amira yang sabar, baik hati dan suka mengalah turut merasakan gegarannya. Akhirnya dia memendam perasaan dan menganggap dirinya ibarat melukut di tepi gantang di mata Bada. Razlan yang menyimpan kasih kepadanya sentiasa memberi kekuatan dan membawa sinar ceria dalam hidupnya. Sementelah kenangan bersama arwah Bogatt sentiasa mekar malah tidak pernah mati. 
Persoalannya, apakah konflik yang mereka hadapi? Mampukah Amira bertahan? Mampukah Amira menelan segala getir kehidupan? Apakah kesudahan cinta Razlan yang tidak pernah surut buat Amira? Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT. Manusia merancang, Tuhan yang menentukan.

VINTAGE NOVEL; LELAKI TERAKHIR


Harga pasaran : RM 27.90
KAMI JUAL :  RM  20 (termasuk postage)
LET GO PRICE RM10.00
Penulis : Sabariah Araur
Penerbit : Creative Ent.
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : SOLD

Sinopsis:

Aku percaya suatu hari nanti ada bahagia yang menanti di hujung jalan. Kerana aku yakin, ada hikmah yang diciptakan dalam sebuah perkahwinan. Walau sebenarnya aku tidak pernah tahu apakah hikamh di sebalik perkahwinan kita ini. Kerana aku bahagia yang aku cari bukan untuk diri sendiri, tapi untuk mereka yang lebih mengerti. Lalu aku butakan mata dan pekakkan telinga.. derita di hati, simpan sendiri. Anggap sahaja hidup ini satu pentas sandiwara. Jadi, kenapa perlu terus menagis tatkala melihat suami bermain kasih? Sabar.. anak terbuang sepertiku harus sedar diri. Jangan tamak dengan apa yang telah diberi . Walau sebenarnya aku tidak ingin kecundang sekali lagi.. aku ingin bahagia seperti mereka. Namun sampai bila aku harus dilukai begini.. kerana perasaan tidak pernah ada alasan untuk terus merelakan.



VINTAGE NOVEL; CINTA...DI MANA?


Harga pasaran : RM 33.90
KAMI JUAL :  RM 24 (termasuk postage)
Penulis : Annur Puteri
Penerbit : Creative Ent.
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : Available

Sinopsis:

Adakala kemiskinan sering meneruja pertimbangan. Membelenggu pendirian. Apa pilihan yang Mokhtar ada? Sememangnya Mokhtar dan Azizah tiada pilihan. Perjanjian yang dilafazkan cuma bisikan angin lalu lantas membiaskan gugus-gugus rindu yang mengorak kelopak. Ke manakah rindu ini harus diarahkan? Ke mana kasih ini harus diberikan? Mokhtar tiada jawapan. Azizah juga tiada jawapan. Masing-masing menunggu dan terus menunggu walau sesekali kewalahan...

VINTAGE NOVEL; SYURGA DI HATI


Harga pasaran : RM 20.90
KAMI JUAL : RM14 (termasuk postage)
let go price RM10.00
Penulis : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Ent.
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD

Sinopsis:

Nurul Khadijah

       Menjengah ke kamar ini... terasa bagai baru semalam kasihnya dibawa pergi Ku Aris. Masih terasa-rasa sedihnya. Masih terbawa-bawa rawannya. Kenangan-kenangan indah yang tidak mampu dikuis. Kian ditepis, kian menjeruk di ruang rasa. Menghitung rindu yang tidak berkesudahan. Nurul Khadijah sedar, sampai bila dia harus sendiri melayan hati. Sampai bila dia mahu menyisih daripada Ku Adam yang umpama Jelmaan Ku Aris itu?

Ku Adam...
       Dia tidak akan mengkhianati kasih saudara sendiri kiranya Nurul Khadijah masih milik Ku Aris. Dia bukan insan kejam... dia masih waras dalam tindakan. Namun kini Ku Aris telah pergi menginggalkan seorang isteri yang terlalu baik hatinya... yang ikhlas budinya, yang cantik rupa parasnya... yang selama ini sering bermain-main di hati, ingin surinya juga sebaik dan secantik kakak ipar yang disayangi. Sedang dalam diam hatinya juga mula jatuh sayang. Dan tidak salah rasanya dia memilih kakak ipar sendiri untuk dijadikan suri. Kerana Hanya bulan dan matahari sahaja yang mustahil untuk disandingkan...

VINTAGE NOVEL; ATAS NAMA KASIH


Harga pasaran : RM 18.90
KAMI JUAL :  RM 13 (termasuk postage)
Penulis : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Ent.
Kondisi novel : Baik (8/10)
Status : Available

Sinopsis:

Nur Kasih, ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanky nyawa - tragedi hitam sering-seringnya bertebaran dan bersipongan di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata. Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu dipertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampias resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan.
Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana Suria harus mencari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bila mana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya ... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik untuk dirinya...

Apa mau cari??