Tuesday, 31 January 2012

SURAT UNGU UNTUK NUHA






Harga pasaran : RM 20.00
KAMI JUAL:  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel   : Baik (9/10)
Status: SOLD!!!

Sinopsis:

Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?

kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati
dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yg satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya

Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspress
Langkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung
2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak
Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak
mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang
mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini
rupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup
adalah suatu perjalanan waktu!

KOPI SUSU SEPATU BIRU


Harga pasaran : RM 21.00
KAMI JUAL:  RM 13.00 (termasuk postage)
Penulis: Ruby Hazri
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel: Baik (7/10)
Status: SOLD!!!

Sinopsis:
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah.... 
Rumah No. 11
 Rumah No. 9
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.



Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
         * Kereta Perdana vs Kereta Kancil
       
Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
       
Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
       
Muzik si pemuda bukan selera si pemudi    
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?

MENCARI TAMAN DI HATI


Harga pasaran : RM 22.00
KAMI JUAL :  RM 17.00 (termasuk postage)
Penulis: Aidah Bakri
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel: Baik (9/10)
Status: SOLD!!

Sinopsis:
Aku menipu hatiku sendiri… benarkah?

Aku bahagia apabila dekat dengannya? 
Kerana sepotong janji, Syuhada menjadi tunangan orang. Malangnya, lelaki itu ‘lari’ daripadanya. Lima tahun jugalah Syuhada terkapai-kapai dalam ikatan tiada makna; lalu Syuhada nekad memutuskan ikatan janjinya.
Lelaki yang tak kenal erti putus asa itu memang merimaskan. Tak faham-faham langsung orang tak suka. Tetapi jika benar tak suka, mengapa ada rasa lain yang bertunas dalam taman hati? ~ Syuhada
Redup sinar mata itu pernah mencuit hati. Kini, sinar mata yang sama masih mendatangkan getar yang hebat di hati. Tetapi, mengapa sinar itu sayu? Terlalu beratkah deritanya?~ Shahrul Riezman
Saat hati mula diulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela. Mampukah kita mengecap bahagia, Syu?
Tertikam di sudut kecil sekeping hati… bukan salah sesiapa, cuma aturan takdir-Nya!


KAU CURI HATIKU


Harga pasaran : RM 20.00
KAMI JUAL :  RM15.00 (termasuk postage)
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel: Baik (9/10)
Status: SOLD!!

Sinopsis:

Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, jadinya.

INGIN KUSENTUH CINTAMU



Harga pasaran : RM 18.00
KAMI JUAL:  RM 13.00 (termasuk postage)
Penulis: Aryanie Ismail
Penerbit: Kaki Novel
Kondisi novel: Baik (7 /10)
Status: SOLD!!

Sinopsis:
Ingin Kusentuh Cintamu… karya sulung penulis baru, Aryanie Ismail ini mengisahkan “adventure” perjalanan hidup Haniza yang secara tidak sengaja terheret ke dalam kancah perebutan harta keluarga Amanda, si kecil yang masih mentah mengharungi pancaroba kehidupan.


Dia yang telah diwasiatkan oleh arwah Ratna (ibu Amanda)untuk menemukan Amanda dengan bapa saudara yang telah lama terputus hubungan, iaitu Iskandar rela melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai guru semata-mata untuk memastikan keselamatan Amanda terjamin. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi dengan satu syarat: Haniza WAJIB tinggal sebumbung dengan Iskandar kerana pemuda itu terlalu sibuk dengan kerjayanya dan tidak betah meladeni Amanda.


Haniza yang sayangkan Amanda rela dalam terpaksa bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Iskandar, lelaki berhati batu pada pandangannya. Iskandar pula terpaksa bersikap dingin dengan Amanda dan Haniza kerana dia tidak mahu merasai betapa sakitnya jika kehilangan orang yang disayangi.


Dalam masa yang sama, Iskandar terpaksa berhadapan dengan Fairuz – adiknya yang ingin membolot kesemua harta Amanda. Dapatkah Iskandar menjamin keselamatan Amanda yang disayangi dan Haniza yang telah berjaya mencuri hatinya? Berjayakah Iskandar mencari bukti pembunuhan bapa Amanda, yang juga abangnya? Siapa yang membunuh bapa Amanda?


INGIN KUSENTUH CINTAMU bakal membawa anda ke alam cinta yang menggetarkan jiwa….

YES, BOSS!





Harga pasaran : RM 19.00
KAMI JUAL :  RM 14.00 (termasuk postage)
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel
Kondisi novel: Baik ( 9/10)
Status: SOLD!!!

Sinopsis:
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yesboss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otaiyang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?


JAUHARI HATIKU





Harga pasaran : RM 19.00
KAMI JUAL:  RM 14.00 (termasuk postage)
Penulis: Imias Farhani
Penerbit: Kaki Novel
Kondisi novel: Baik ( 9/10)
Status: Available

Sinopsis:
Nur Farisa Othman… gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. 
Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional. 
Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam.
Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus menjarakkan Farisa dari dirinya. Lebih memburukkan keadaan apabila keluarga Daniel tidak merestui hasrat hatinya untuk bersama Farisa kerana darjat dan agama. Dalam keterpaksaan, Daniel bertunang dengan Reeta, anak kepada rakan baik juga doktor peribadi keluarganya itu.
Jauh di sudut hati Farisa, dia sangat mencintai Daniel. Namun, dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan mereka yang disayangi jika mereka tahu dia tidak akan hidup lama. Pertunangan Daniel dengan Reeta sangat mengecewakan Farisa, lantas lamaran Rafiq diterima. Hati Farisa sekali lagi hancur tatkala Rafiq memungkiri janji apabila keluarganya mengetahui Farisa tidak akan hidup lama.
Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun… berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya?

KUINTAI CINTA DI DALAM RAHSIA





Harga pasaran : RM 19.00
KAMI JUAL :  RM 14.00 (termasuk postage)
Penulis: Qurratu 'Ain
Penerbit: Kaki Novel
Kondisi novel: Baik (9 /10)
Status: Available

Sinopsis:


LOKE YEE-REN tidak pernah menjangkakan cinta itu miliknya. Kematian Iman Fakrulsy, sahabat yang disayangi membuatkan dirinya diselubungi dengan rasa sedih dan bersalah. Bayangan silam terus-menerus menghantui kisah hidupnya. Namun satu pertemuan yang tidak diduga telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dia telah bertemu Iman Farhan yang wajahnya begitu mirip dengan Iman Fakrulsy. Wajah yang serupa, namun tingkah laku amat berbeza.
TINGKAH LAKU Iman Farhan agak kasar dan dia seorang yang berhati dingin. Persahabatan yang terjalin di antara Yee-Ren dan Iman Farhan terselit dengan agenda yang tersembunyi.
PUAN ELISHA, ibu Iman Fakrulsy tiba-tiba muncul kembali dalam kamus hidup Yee-Ren. Benci dan dendam Puan Elisha kepada Yee-Ren tidak pernah padam. Mana mungkin dia membiarkan gadis itu hidup dengan aman selagi dendamnya tidak dilunaskan.

PANGGIL AKU DAHLIA



Harga pasaran : RM 21.00
KAMI JUAL :  RM 16.00 (termasuk postage)
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel: Baik (9/10)
Status: SOLD!!!

Sinopsis:
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologistyang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. 
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

3 JANTUNG HATI




Harga pasaran : RM 19.00
KAMI JUAL :  RM 14.00 (termasuk postage)
Penulis: Nisyah
Penerbit: Jemari Seni
Kondisi novel   : Baik (9/10)
Status: Available

Sinopsis:
Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah?
Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata ‘ya’ di dalam, di luar tetap mengaku ‘tidak’!
Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh?

Apa mau cari??