Wednesday 1 August 2012

KEA ALYISSA



Harga Asal : RM27.00
HARGA KAMI : RM19.00 (termasuk postage)
LET GO PRICE RM15.00
Penulis : Arasharrina
Penerbit : Kaki Novel
Kondisi Buku : 9/10
STATUS : SOLD

SINOPSIS NOVEL


Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.

“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.


TEDUHAN KASIH



Harga Asal : RM22.00
HARGA KAMI : RM16.00 (termasuk postage)
LET GO PRICE RM14.00
Penulis : Marissa
Penerbit : Karya Seni
Kondisi Buku : 9/10
STATUS : SOLD

SINOPSIS NOVEL

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.


BUKAN SERAPUH DAUN MAPLE



Harga Asal :  RM22.90
HARGA KAMI : RM17.00 ( termasuk postage)
Penulis : Fatinilam Sari
Penerbit : Alaf 21
Kondisi buku : 9/10
STATUS : BOOKED

SINOPSIS NOVEL

Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat.

Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple.

Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?


Apa mau cari??