Sunday 13 May 2012

SETELAH DILUKAI



Harga pasaran : RM 19.90
KAMI JUAL :  RM 15 (termasuk postage)
Penulis : Sa'adiah Ani
Penerbit : NB Kara
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

ATILIA- 'Salahkan seorang anak menerima pemberian daripada seorang ayah?' Atilia berbicara sendiri. Walaupun jauh di sudut hati dia terpaksa akur bahawa Dato' Mukriz memberikan segalanya bukan bermaksud pemberian daripada seorang ayah, tetapi seorang lelaki yang akan menjahanamkan hidupnya sebagaimana musnahnya hidup Mama Zah di tangan lelaki itu suatu ketika dahulu. Atilia memejamkan matanya. Betapa pahitnya laluan hidup yang terpaksa ditempuhinya, namun dia tiada pilihan lain kecuali menelannya walau dengan penuh kepayahan. Itulah hakikat kehidupan. 

LUQMAN- "Man, aku rasa kau perlu datang ke kelab malam di Bukit Bintang ni sekarang." "Ada apa, akukan sedang bercuti ni. Lagipun itu kawasan kau, bukan kawasan aku." Cif ispektor Luqman menjawab serius. Lenanya terganggu dengan panggilan telefon itu tadi. 'Aku rasa gadis yang separuh dedar ni sama dengan potret yang kau letakkan atas meja dalam pejabat kau." Suara itu masih tegas. "Kau biar betul!" Mata Cik Inspektor Luqman yang masih memberat tadi tiba-tiba sahaja mencerlang apabila mendengan berita tentang Atilia. 


MR RIGHT BUAT ANN



Harga pasaran : RM 20.00
KAMI JUAL :  RM 15 (termasuk postage)
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:
Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.
Calon-calonnya ialah:
  1. Hanif – Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
  2. Khairil – Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
  3. Desmond – Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
  4. Tuan Haji Kamil – Duda anak tiga yang sudah berusia.
  5. Arman Faiz – Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehingga kamu kehilangannya.

SEADANYA KAMU



Harga pasaran : RM 20.00
KAMI JUAL :  RM 15 (termasuk postage)
Penulis : Iman Xara
Penerbit : Jemari Seni
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:
Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.
Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.
Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.
Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?




AKU PILIH DIA



Harga pasaran : RM 22
KAMI JUAL :  RM 17 (termasuk postage)
Penulis : Hezzy Azra
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (9/10)
SOLD

Sinopsis:

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. 


Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. 



Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! 

Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. 
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. 



Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Apa mau cari??