Monday 13 February 2012

SPECIAL PROMOS; PERGILAH SEPI

BELI LEBIH DARIPADA RM 50.00, DAN DAPATKAN BUKU INI PADA HARGA 
RM 6.00 !!!


Harga pasaran : RM 12.00
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : Alaf 21
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : SOLD!!!

Sinopsis:

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq 

dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila 

terjadinya peristiwa yang mengaibkan. 



Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima 

begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, 
bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan. 

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. 
Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, 
Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat 
hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama. 

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh 
dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di 
hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? 
Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah 
sangka? 

No comments:

Post a Comment

Apa mau cari??