Monday 6 February 2012

AKU BUKAN UNTUKMU


Harga pasaran : RM 22.90
KAMI JUAL :  RM 15.00 (termasuk postage)
Penulis : Zuriani Mustaffa
Penerbit : Buku Prima
Kondisi novel : Baik (9/10)
Status : BOOKED

Sinopsis:

" Saya bahagia. Cuma suatu masa dahulu, saya amat bahagia. Saya punya segalanya yang diidamkan oleh seorang wanita. Saya punya suami yang baik, anak yang comel, keluarga yang cukup sempurna. Tapi kini, saya kehilangan semuanya. Iddin mungkin tidak mengerti kerana Iddin tidak mengalami semua itu."

" Tapi, walaupun dia meninggalkan saya, saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya. Silap saya jugak. Saya gagal menjadi suami yang baik. Memang silap saya."

Dia tidak pasti andai rasa kasihnya yang mula berputik pada duda beranak satu itu bersambut baik atau tidak. Dia juga tidak pasti adakah benar rasa kasih sayang yang wujud dalam hatinya atau itu sekadar mainan perasaannya di kala sunyi. Yang pasti, dia tidak mungkin kembali kepada Khidir.

" Meera, abang harap cinta antara kita berdua adalah kerana Allah. Biarlah rumah tangga yang kita bina ini merupakan ibadat kita kepadanya di samping sebagai tempat untuk kita berkasih sayang. Abang harap Meera dapat menerima kelemahan abang seadanya. Abang mencintai Meera dengan segala kelebihan dan kelemahan yang ada pada Meera. Abang redha."

No comments:

Post a Comment

Apa mau cari??